
Sulit
4 tahun
Cara makan bio c blackmores… Apa kesan sampingan… Blh consume setiap hari ke
Sy ingin bertanya cara makan bio c blackmores…blh makan setiap hari ke… Ada kesan sampingan x

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk menjawab pertanyaan anda tentang makanan tambahan atau suplemen tersebut, pelbagai pertanyaan tentang sejarah kesihatan anda perlu ditanyakan. Setiap individu mempunyai reaksi tubuh atau kesan sampingan yang berbeza-beza terhadap sesuatu produk atau ubat. Secara umum, walaupun vitamin C adalah vitamin yang dapat membantu meningkatkan imuniti badan, namun ianya tidak spesifik untuk merawat gejala yang mungkin anda hadapi. Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih