
Sulit
4 tahun
Cara makan ubat cacing jika tidak pernah makan ubat selama dewasa
hi, bagaimana nak consume ubat cacing ye doktor? adakah kena ambil satu dos sahaja untuk 6 bulan atau satu dos setiap hari selama seminggu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sebagai pengetahuan awal, terdapat banyak jenis cacing yang terkadang memerlukan rawatan yang berbeza. Antara cacing yang sering dijangkiti masyarakat majmuk termasuk:
- Cacing gelang (roundworms)
- Cacing pita (tape worm)
- Cacing rambu / cambuk (hookworm)
- Cacing jarum (pin worm / thread worm)
- Cacing cemeti (ring worm)
Selain itu, ubat yang terkait dengan jangkitan cacing termasuk:
- Albendazole
- Pirantel Pamoat
- Ivermectin
- Praziquantel
- dan lain-lain
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sebelum menggunakan apa-apa jenis ubat. Namun buat sementara waktu anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- menjaga kebersihan terutama waktu penyediaan dan pengambilan makanan
- memastikan haiwan peliharaan (sekiranya ada) menjalani deworming dan menggunakan sarung tangan semasa membersihkan tinja
- sentiasa cuci tangan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.