
agdaus91
5 tahun
Cara mengetahui kesan jangkitan hiv
Bagaimanakah cara untuk mengubati diri sekiranya mendapati terkena jangkitan HIV?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, dengan keberkesanan ubat melawan HIV kini, masalah ini seakan setara dengan penyakit kronik lain seperti kencing manis. Kumpulan penyakit begini tidak dapat dirawat sehingga sembuh tetapi dapat dikawal dengan pengambilan ubat dan mengikut nasihat doktor.
Jangka hayat para pesakit juga turut bertambah dan pesakit-pesakit boleh menjalani kehidupan seperti orang lain malah boleh berkeluarga dengan syarat pasangan tahu akan masalah ini dan perlu rajin berjumpa doktor untuk pemantauan kesihatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.