
Sulit
4 tahun
Cara nk kuatkn tenaga batin
Mcm mne cara nk membesarkn zakar dan panjangkn zakar dgn cara sihat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Zakar mengeras apabila teransang disebabkan darah terkumpul di kawasan tersebut disebabkan pengaliran darah yang banyak dan tisu mengembang menyebabkan darah tidak boleh kembali. Oleh itu, sangat penting untuk anda mempunyai penyaluran darah yang lancar. Antara yang boleh anda lakukan adalah seperti:
Mengamalkan diet yang sihat
Bersenam secara kerap
Mengurus stress dengan baik
Elakkan merokok serta pengambilan alkohol
Namun, bagi tujuan memanjangkaan serta membesarkan zakar, setakat ini tiada kaedah perubatan yang dilaporkan berkesan serta selamat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.