Anonymous
6 tahun
Cara pengambilan pill perancang jika haid tidak tetap
Saya berumur 21 tahun, saya ingin memulakan pengambilan pill perancang. Tetapi haid saya memang tak tetap, macam mana nak mulakan pengiraaan pengambilan pill perancang?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, pengambilan pil perancang adalah bergantung kepada jenis, jenama dan dos yang digunakan. Secara umumnya, sekiranya anda hendak mengambil pil perancang dikala haid anda tidak menentu, anda boleh mengambil pil perancang pada hari pertama haid anda dan teruskan pengambilan pil selama 21 atau 28 hari (bergantung pada jenis pil). Hal ini kerana, pil perancang juga boleh mengawal kitaran haid agar lebih teratur disamping kesannya untuk mencegah kehamilan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.



































