
Sulit
4 tahun
Cara pengambilan postinor 2
Isteri saya telah mengaimbil postinor 2 pada waktu 1 pagi dan kami telah melalukan hubungan intim pada pumul 6 pagi adakah effect postinor masih berkesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor adalah pil perancang kecemasan yang diambil setelah aktiviti seksual yang tidak terlindung. Ianya bukanlah kaedah perancang normal.
Kebiasaannya ubat ini harus diambil dalam masa 72 jam setelah hubungan intim yang tidak terlindung. Oleh disebabkan, anda mengambil pil ini sebelum hubungan seksual maka, kesan ubat tersebut untuk mengelakkan kehamilan adalah tidak pasti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Saya juga ingin menasihati untuk anda mengamalkan kaedah pencegahan kehamilan lain yang lebih sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.