Sulit
4 tahun
Cara untuk pastikan tidak hamil
Saya wanita umur 37tahun dan mempunyai dua org anak. Anak no 2 saya baru berusia 9bln. Masalah saya sekarang saya dah dekat 6hari tidak datang period. Untuk pengetahuan doktor saya tidak mengambil apa2 pil rancang. Saya risau kalau saya mengandung dan saya tak berani nak buat ujian upt. Untuk pengetahuan doktor saya masih belum bersedia untuk untuk hamil. Ada tak cara untuk pastikan saya tidak hamil maksud saya ubat atau pil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami haid yang lewat dan ingin memastikan bahawa anda tidak hamil. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi ini dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT atau berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor atau doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Sebagai pengetahuan, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























