
fatinzainudin26
4 tahun
Casual contact bergejala di mysejahtera
Assalamualaikum dr, saya mendapat notification dari my sejahtera mengatakan bahawa saya casual contact tidak bergejala. Setelah 4 hari saya update health assesment di apps tersebut, saya telah mendapat notification bahawa saya ini casual contact bergejala kerana saya mengalami sakit kepala dan hidung tersumbat dan sakit tekak. Adakah saya perlu menghubungi kk terdekat ataupon terus pergi ke kk untuk membuat pemeriksaan kesihatan? Harap dr boleh membantu saya.

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Umumnya ‘casual contact’ bermakna anda berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Namun berdasarakan SOP MySejahtera, anda akan dihubungi oleh Jabatan Kesihatan dan diminta melakukan ujian saringan apabila anda telah dikategorikan sebagai ‘close contact’ atau ‘kontak rapat’ kepada kes Positif COVID-19.
Justeru buat masa ini anda diminta berjaga-jaga dan meneruskan pengamalan SOP yang disarankan oleh KKM dengan disiplin serta mengambil cakna terhadap apa-apa informasi lanjut yang disampaikan melalui aplikasi Mysejahtera. Anda juga digalakkan untuk menerapkan pengasingan bilik buat sementara waktu sebagai usaha dan langkah berjaga-jaga.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Sekiranya anda mengalami beberapa gejala diatas, anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 dari semasa ke semasa untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tambahan lagi, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini