
Anonymous
4 tahun
Cecair coklat keluar dari faraj
Saya wanita berusia 22tahun , berat badan dalam 80kg lebih dan tinggi 163cm . Sudah beberapa bulan haid saya datang tak menentu , bila datang haid darah yang keluar sangat2 sikit. perubahan emosi saya juga terganggu , tapi baru2 ni ada cecair coklat yg kluar dari faraj , bila bau , tak macam darah haid pon . saya ingin tahu apakah punca cecair coklat tu ? adakah akan mendatangkan penyakit ? dan itu dikira darah haid ke ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.