
Sulit
4 tahun
Cecair keluar dari faraj dan sakit ketika melakukn hubungan
Saya berumur 32thun dan baru berkahwin…sy mempunyai msalah cecair keluar dari alat sulit selepas hbis period bln lepas. Sewaktu melakukn hubungn bersama suami, kemaluan kan terasa sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Akan tetapi, maklumat lanjut diperlukan mengenai sifat cecair yang keluar tersebut, sama ada ianya darah atau cecair lain. Namun, secara umum, lazimnya, pendarahan ketika berhubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui barulah rawatan yang tepat boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.