Anonymous
6 tahun
Cecair keluar dari faraj
saya wanita berumur 22tahun . saye mengalami cecair kluar dari faraj saye dlm kandungan yg banyak. hal ini terjadi selepas saye mengadakan hubungan seks. perkara ini hanya terjadi selepas hubungan seks. adakah ini berpunca dari saya atau suami saya? cecair berwarna kuning dah berbau. tetapi saya tidak mengalami kegatalan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair yang disebutkan berkemungkinan:
- Cecair orgasma anda - hasil klimaks ketika hubungan seks
- Air mani pasangan anda
- Ektropion serviks
Sekiranya anda masih berasa risau serta perkara ini berlarutan, anda perlu berkomunikasi dengan pasangan anda ataupun merujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































