
zuriantiothman
2 tahun
Cecair keluar dari kemaluan
Anak lelaki saya usia 2 tahun. Ade cecair keluar dari kemaluan dia. Cecair mcm nanah. Tp bukan nanah. Saya ada try bau. Anak saya aktif mcm biasa. Takde masalah kencing dan tak sakit. Apa perlu saya buat doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan di atas, Cecair yang keluar adalah normal, namun sekiranya ia bersama nanah atau berdarah, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian:
- Jangan membersihkan secara keterlaluan walaupun kadangkala smegma sukar untuk dibersihkan
- Jangan membiarkan air kencing atau najis terlalu lama tanpa dibersihkan atau tidak menukar lampin dengan segera.
- Elakkan menggunakan bahan mandian/cucian/bedak yang berlebihan atau yang tidaksesuai dengan bayi di kawasan tersebut
- Cuci dengan air suam dan rawat jangkitan kulat atau irritasi kulit dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.