Sulit
3 tahun
Cecair kuning dan gatal
Saya wanita dalam 15’an dalam 2 atau 3 hari lepas saya mengalami cecair kuning keluar dari faraj dan kegatalan di bahagian tepi faraj ianya sangat gatal sampai saya garu pun pedih ia berwarna kemerahan dan bintik,adakah hal ini normal ataupun tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan pada bahagian kulit di sekitar kawasan kemaluan (menyebabkan kegatalan)
- Bacterial vaginosis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin (gonorrea, sifilis)
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Perkara ini memerlukan perhatian daripada anda dan doktor. Pemeriksaan secara menyeluruh amatlah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.