
nina18
6 tahun
Cecair Kuning keluar dari Faraj
Dktr . Adakah cairan kekuningan dan gatal yg meleleh di vagina sy ini tnda2 gonorea?

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Antara penyakit yang boleh mengakibatkan keluarnya cecair dari faraj adalah seperti berikut;
- Candidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Cecair yang keluar disebabkan oleh jangkitan-jangkitan ini adalah berbeza bagi setiap jangkitan. Cecair kuning selalunya adalah disebabkan oleh trichomonas atau gonorea. Namun begitu ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti organisma yang terlibat dengan mengambil sample dari cecair tersebut. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti antibiotik yang berkesan jika organisma yang menjangkiti anda adalah bakteria.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang penyakit anda. Pemeriksaan adalah penting untuk memastikan bahagian yang dijangkiti mungkin bukan hanya pada faraj tetapi juga organ lain seperti mata, tekak atau pelvis. Anda juga akan diberikan nasihat mengenai cara menjalani hubungan seks yang selamat agar risiko jangkitan berulang atau menjangkiti pasangan seks anda berkurang.
.

6 tahun
Hai, selamat petang saya ucapkan. Terima kasih atas soalan saudari.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keluar cairan dari vagina. Antara penyakitnya ialah jangkitan Gonorrhoea, Bacterial vaginosis, Trichomoniasis, Vulvovaginal candidiasis dan Chlamydia trachomatis. Kebanyakan dari mereka dikenali sebagai penyakit jangkitan seksual. Penyakit jangkitan seksual tersebar apabila seseorang mengadakan hubungan seksual dengan seseorang yang telah dijangkiti oleh penyakit tersebut. Antara simptom yang sering diadukan ialah sakit ketika kencing atau seks, keluar cecair dari alat kelamin, gatal-gatal, timbul biji-biji dan berbau busuk atau hanyir.
Melalui aduan saudari, kemungkinan saudari telah dijangkiti jangkitan Gonorrhoea atau Trichomoniasis. Kedua-dua jangkitan ini boleh menyebabkan keluar cecair kuning dari vagina dan gatal-gatal. Akan tetapi, Trichomoniasis lebih dikenali kerana ia akan mengeluarkan bau hanyir tidak seperti Gonorrhoea. Kedua-dua jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik, tetapi menggunakan antibiotik yang berlainan. Gonorrhoea boleh dirawat dengan antibiotik seperti Ceftriaxone, Cefixime manakala untuk Trichomoniasis antibiotik yang digunakan ialah Metronidazole. Oleh itu amat penting untuk saudari berjumpa doktor dan mendapatkan ujian untuk mengenal pasti punca sebenar cairan kuning dari vagina kerana rawatannya ialah berbeza. Jangan risau kerana kedua-dua penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya.

6 tahun
Salam Sejahtera! Jangkitan gonorea biasanya mengambil masa kira-kira 2 minggu selepas dijangkiti untuk menunjukkan sebarang simptom. Namun demikian, kadang-kadang tidak muncul sehingga beberapa bulan kemudian.
Kebiasaannya, golongan wanita yang menghidapi penyakit gonorea melaporkan simptom seperti pengeluaran cecair daripada faraj yang luar biasa, yang mungkin kelihatan nipis, berair dan bewarna hijau atau kuning. Sesetengah juga mengalami kesakitan atau sensasi terbakar semasa kencing.
Mereka yang menghidapi penyakit kelamin seperti gonorea perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani beberapa ujian sebelum doktor boleh membuat diagnosis yan tepat. Ujian makmal boleh menunjukkan, jika ada, STIs bakteria atau virus hadir.
Jangkitan gonorea boleh disembuhkan dengan rawatan yang betul. Sekiranya gejala seseorang berterusan lebih daripada beberapa hari selepas menerima rawatan, anda harus kembali kepada doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Susulan rawatan selepas seminggu atau dua biasanya disyorkan supaya ujian lain boleh dijalankan untuk mengetahui sama ada anda mengalami jangkitan. Anda harus mengelakkan melakukan hubungan seks sehingga anda, dan pasangan anda, telah dirawat untuk mencegah jangkitan semula atau merebak kepada orang lain.