Sulit
6 tahun
Cecair putih kekuningan
Saya lelaki 23 tahun dan keluar cecair putih seakan bernanah kelaur dari zakar
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman encik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Alahan kepada pencuci badan atau fabrik
- Kencing tidak terkawal
Namun begitu sekiranya anda mengalami simptom - simptom lain seperti:
- Cecair keluar seperti nanah
- Sakit ketika membuang air kecil
- Demam
- Keluar ruam pada zakar
Anda berkemungkinan menghadapi jangkitan pada pundi kencing atau dijangkiti penyakit kelamin. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.


































