
hyraishyro94
5 tahun
Cegah kehamilan. Saya melakukan seks slepas habis haid, dan dia pancut dalam. Bagaimana mahu mencegah kehamilan? Ianya pada sabtu lepas. Dalam masa seminggu boleh tahu ke kita hamil?
Saya melakukan seks slepas habis haid, dan dia pancut dalam. Bagaimana mahu mencegah kehamilan? Ianya pada sabtu lepas. Dalam masa seminggu boleh tahu ke kita hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bagi mencegah kehamilan secara kecemasan, pil perancang kecemasan hanya berfungsi jika diambil dalam tempoh 72 jam setelah berhubungan.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.