aley9506
3 tahun
Celah Paha warna merah dan Sangat Berbau
saya lelaki berumur 25tahun. saya mengalami masalah di kedua-dua celah paha berwarna merah(dan juga seakan-akan warna putih), tidak gatal tetapi berbau. Saya selalu mencuci di tempat tersebut dan ia kering tetapi ianya akan kembali menjadi lembab dan berbau.apakah punca masalah ini?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan penilaian tanpa memeriksa keadaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kulit paha melecet merupakan salah satu masalah kulit paha yang lazim. Anda akan menyedari kulit di celah paha anda merah. Peluh yang banyak di bahagian celah peha juga boleh menyebabkan jangkitan organisma yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
Anda boleh mengelak masalah ini kulit di paha dengan beberapa cara seperti yang berikut:
- pakai seluar yang longgar dan kain yang kurang menyerap peluh
- keringkan paha anda dengan kerap apabila berpeluh
- sapu bedak di bahagian celah paha sebelum keluar
- sapu losyen atau vaseline untuk mengurangkan geseran dan mengelakkan kulit kering
- kerap minum air supaya suhu badan sentiasa rendah
- ganti pakaian sejurus selepas berpeluh
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.