eric
6 tahun
Cepat lapar walaupun telah makan
saya lelaki berumur 20 tahun mengalami cepat lapar. Setelah makan, dalam 1 atau 2 jam ia kembali lapar. Adakah saya mengalami penyakit ? Adakah cepat lapar merupakan tanda gastrik ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, sering lapar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- diet tak seimbang samaada kuantiti yang kurang ataupun tidak mempunyai semua kelas makanan
- kencing manis
- kurang gula darah
- cemas, stress ataupun murung
- masalah hormon
- efek ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























