
Anonymous
2 tahun
Cepat pancut dan sperma berkurang
Saya lelaki berumur 30thn, sebelum ini saya kerap onani dan saya mendapati air mani saya berkurang daripada biasa dan cepat pancut…adakah cara untuk merawatnya? Rasa terasa takut …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Masalah ini boleh ditangani dengan beberapa langkah mudah seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Perbanyakkan “foreplay”
Namun jika keadaan ini berterusan saya cadangkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.