
fauziey04
2 tahun
Cepat pancut melakukan hubungan seks
saya cepat pancut semasa melakukan hubungan seks

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Namun terdapat beberapa punca untuk pancut awal atau ejakulasi pramatang. Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih