
Sulit
5 tahun
Chest tightness/ sakit dada
Hi. Saya adalah wanita berumur 30. Seorang pramugari. Active smoker. My last trip was 10 days ago to Shanghai dan sebelum itu destinasi perjalanan saya untuk bulan march ini ialah canton, incheon dan juga osaka. Up till today i dont have/develop any symptoms. Tetapi saya ada rasa seperti kesusahan untuk bernafas penuh seperti bernafas tak habis, ada sedikit rasa sakit dada seperti dada ditekan. Saya mempunyai penyakit asma (very mild) yang hanya akan datang sekiranya saya demam, batuk dan selsema. Adakah perlu untuk saya pergi membuat saringana covid? Atau apa yang saya rasa ini disebabkan rokok dan anxiety? Advice needed. Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi!
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini menurut laporan WHO:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, gejala sakit dada dan sukar bernafas berkemungkinan disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Anemia - kurang darah merah
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini