
mrs.zetty
5 tahun
Cirit birit berdarah
Saya wanita berusia 33 tahun… Start dari 2 pagi tadi hingga 8 malam ini sy telah berulang alik ke dalam tandas sebanyak 16 kali… Sy ada buasir dan anemia (sudah buat binding 2017 tp buasir dtg kembali)… Persoalan sy sekarang adalah… Kenapa sy cirit birit pada kali ini sepanjang hari… Dan keadaan sy lebih teruk & kerap tandas selepas meminum air… Utk pengetahuan doc najis yg kluar hanya lah air yg keruh dan di sertai serpihan makanan yg tidak sempat hadam sepenuhnya dan juga darah… 16 kali masuk tandas 16 kali kluar najis di ikuti darah…harap doc memberikan sedikit penerangan dan jalan penyelesaian untuk sy… Tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cirit ataupun berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir ialah apabila saluran darah berdekatan dinding dubur membengkak
- Divertikulum adalah masalah dalam usus yang mana dinding usus seperti melekuk-lekuk
- Inflammatory bowel disease merupakan suatu keadaan yang mana usus mudah meradang
- Kanser usus biasanya terjadi pada orang yang mempunyai riwayat keluarga dengan kasner
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor khususnya sekiranya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.