
Sulit
5 tahun
Cirit birit dan mengalami sbat hidung
Saya lelaki berusia 25 tahun tinggal di terengganu
Masalah
-mengalami cirit birit dan keluar angin (saya ada gastrik)
-mulut terasa kering (idk why)
-hidung tersumbat kering no higus (selalu mengalami sbb saya ada resdung)
Maklumat tambahan
-saya makan hanya sikit 2 3 hari ni.
-tidak pernah berjumpa sesiapa yg pos covid19
-tidak mengalami sakit tekak
-tidak deman
-boleh menarik deep breath
-last contact dengan orang ramai yg batuk di masjid selama 17 hari lepas. (Tidak bersalam) dan last week saya bersolat jauh dari mereka yg sakit2.
-sakit perut saya baru terjadi 3 hari lepas.
-saya minum air masak sehari melebihi 2 3 botol lebih besar dari botol coka cola saiz besa.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala sakit perut bukanlah gejala utama COVID-19 lebih-lebih lagi jika anda tiada demam, batuk, sukar bernafas. Namun, bagi mengecualikan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.