Sulit
3 tahun
Cirit birit dan mutah2 lemah badan
Saya bertanya bagi pihak bapa saya yg berusia 68 tahun. Kebelakangan ini bapa saya sering cirit birit, muntah dan loya yg kerap sehingga lemah badan. Makanan yg dimakan adalah sama seperti yg org lain dalam satu rumah makan. Adakah mungkin berpunca dari telur? Sebab dalam 2-3 hari lepas dia ada makan telur dan udang. Untuk makluman doktor, bapa saya tiada gigi. Cuma ada beberapa batang shj. Adakah mungkin juga disebabkan makanan yg ditelan tidak dikunyah? Adakah selamat sekiranya saya memberi vitamin c dr jenama Redoxon utk menambah sedikit tenaga dia? Apakah saranan doktor? Kerana kami buntu, jika bawa ke klinik hanya diberi ubat. Saya risau jika terlalu byk makan ubat akan terjadi komplikasi lain, kerana tiada makanan yg masuk di dalam perut. Harap doktor dpt memberi nasihat. Terima kasih dan saya amat hargai.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah muntah dan cirit-birit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- keradangan usus
- masalah gastrik
- spinter bawah esofagus menjadi ketat
- kesan sampingan ubat yang baru sahaja diambil atau ditukar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.