
Sulit
5 tahun
Cirit birit dan tekak kering sakit dada mcm ade elektrik
Saya lelaki umur 21 , saya sudah cirit birit dalam dua hari lately , tekak kering , but batuk minima which is jarang sekali. Demam saya baru elok duaa hari lepas . Sakit dada macam ade elektrik bile.bernafas but kadang kadang je rasa . Jadi adakah saya perlu dapatkan rawatan pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit-birit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Masalah tekak kering anda mungkin disebabkan dehidrasi. Apabila badan anda kekurangan air, tekak kering menjadi petanda. Cirit-birit boleh menyebabkan dehidrasi kerana badan anda kehilangan air melalui najis yang terlalu cair. Masalah sakit dada anda pula boleh disebabkan oleh sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada atau sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.