
bellamawi99
5 tahun
Cirit birit terlalu kerap
Saya perempuan berumur 20 tahun. Saya mengalami cirit birit sejak sebulan yang lalu tapi dah pergi hosp dan makan ubat. Doktor suruh saya kurangkan makanan yang berminyak dan pedas. Seminggu berbekalkan ubat, jumlah membuang air besar sudah menjadi biasa iaitu 2 kali sehari tetapi dalam keadaan cirit birit. 3 hari lepas, cirit birit secara berulang kali dah terjadi kembali, daripada 2 kali membuang, menjadi 5 kali membuang air besar. Tadi, najis saya berserta dengan lendir. Saya amat takut dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari serta khuatir akan perburukan penyakit, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.