Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Clarinase pseudoephedrine sulphate untuk ibu menyusu kan bayi

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 6, 2020 4:08 AM
Sulit 38 hari

saya seorang ibu dan mempunyai anak yang masih menyusu.
disebabkan saya selsema dan hidung berair, saya beli clarinase pseudoephedrine sulphate kerana ubat tidak mengantuk. adakah sesuai untuk saya mengambil ubat tersebut sekiranya sy masih menysukan bayi? ada apa-apa kesan sampingan?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sejumlah kecil pseudoephedrine dalam susu ibu tidak mungkin membahayakan bayi yang menyusu. Namun, kadang-kadang boleh menyebabkan kegatalan.

Akan tetapi, kesan sampingan satu dos tunggal pseudoephedrine boleh mengurangkan pengeluaran susu secara akut dan penggunaan secara berterusan boleh mengganggu penyusuan. Oleh itu, ibu yang baru melahirkan bayi dengan laktasi belum kukuh dengan bayi atau ibu yang menghadapi kesukaran untuk menghasilkan susu yang mencukupi tidak disarankan untuk mengambil pseudoephedrine.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Memandangkan anda menyusukan bayi maka, anda harus lebih berhati-hati dengan pengambilan ubat atau makanan tambahan. Justeru itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai untuk masalah hidung berair anda.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Diabetes-Medication

Dikemaskini pada: Mon Jul 06 2020 04:08:05 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ubat-Ubatan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >