
shahzuracute86
5 tahun
Confius period delay.tapi upt negatif
hai doktor,saya zarin
saya bln 2 baru keguguran.tanda awal hamil mmg ada,seperti period lewat, perut krem,kembung,sakit mcm sengugut dtg kejap2 kemudian bbrpe ari lg sakit mcm sengugut jg datang dan datang. sekali demam,disebabkan upt negatif sye smbung amik ubat demamn suplemen…mungkin punca sye keguguran.
Dan sekarang simtom2 yang sama juga tejadi pada saya,juga upt negatif…jadi saya risau dan confius…sama ada saya ni mengandung ke tak…last period 10/5

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.
- Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih