
Sulit
3 tahun
Consume 2 jenis pill dalam satu masa
bolehkah consume dua jenis pill dalam satu masa? saya ada consume pill Ginseng LinZi Gejie dengan vitamin c LetMeC Pink Lady. dua dua pill suruh makan dua kali sehari. so dalam sehari makan 4 biji pill.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengambil pill Ginseng LiZi Gejie dan Vit C. Anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil kedua-dua jenis pil sekali. Kami akan cuba membantu anda.
Kebiasaanya, tidak menjadi masalah untuk mengambil pil yang berlainan pada waktu yang sama, tetapi ia mungkin tidak sesuai untuk semua orang terutamanya jika ada ubat rawatan tambahan. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang ubat atau suplemen supaya dapat mengelakkan kesan sampingan yang serius.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.