
Sulit
5 tahun
Coronary sulcus kemaluan Saya tisu koyak, merah putih
Saya lelaki 19 tahun dan kerap lancap. Pada suatu hari, apabila saya buka tarik kulit utk cuci dan nampak tisu saya koyak dan merah dan nampak putih2…tapi x gatal n sakit n busuk… dan sye skrg hri2 cuci… ada kr ni masalah apa. Dan cara utk menangani.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala bintik-bintik merah dan putih pada permukaan zakar anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.