
faizal_8791
4 tahun
COVID-19: Keperluan untuk wajib membuat swab test
Salam sejahtera,
Sekadar mendapatkan kepastian. Daripada guideline yang saya baca dari JTK, jika pekerja disahkan +ve covid, kontak rapat dengan perkerja lingkungan 3 ke 6 kaki perlu menjalani ujian swab test. Adakah ini betul? Atau semua pekerja dalam 1 office perlu membuat ujian ini? Dan adakah hanya kawasan itu sahaja perlu dikuarantin (Cth: Pekerja yang +ve bekerja di kawasan molding). Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keperluan membuat swab test.
Untuk makluman anda, mengikut KKM, Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Sekiranya anda kontak rapat kepada pesakit positif, saya yakin pihak KKM akan menghubungi anda untuk melakukan ujian saringan. Buat masa sekarang saya sangat menasihatkan anda untuk mengawal gejala COVID19 dan mengasingkan diri daripada orang ramai atau ahli keluarga.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, kami menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini