
Sulit
5 tahun
Covid 19 saringan di mana
Saya baru balik dari Jakarta perlu kah saya pergi untuk saringan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Untuk makluman anda, anda perlu melakukan ujian saringan sekiranya anda mempunyai sebarang simptom COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan pengumuman terbaru daripada perdana menteri kita, sesiapa sahaja yang kembali dari luar negara disarankan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Ini merupakan langkah pembendungan wabak COVID-19 yang masih meningkat jumlah kesnya di negara kita.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini