Sulit
4 tahun
Covid19 kontak rapat
Kalau seseorang tu tinggal serumah dengan ahli yg punyai kontak rapat, adakah dia kontak kasual? Dia boleh keluar rumah seperti biasa atau kene kuarantin? Nak beli barang dapur(?)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk makluman anda, individu kontak kasual adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
Sekiranya individu di dalam rumah tersebut disahkan negatif dan tidak mempunyai perintah kuarantin, anda boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Tapi kami galakkan anda untuk memantau keadaan anda dan ahli rumah. Sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































