
mardhiyahomar19
5 tahun
Covid19 symptoms checkup
saya berumur 25 tahun dan mengalami batuk kering,sakit tekak,selesema,hidung tersumbat sejak dua hari lepas. so ke klinik berdekatan dan doktor advise utk check Covid 19. tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda berkenaan simptom batuk kering, sakit tekak dan selesema.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah senarai hospital yang melakukan saringan kesihatan dan rawatan pesakit dalam bagi kes positif COVID-19 (Designated Hospital for COVID-19). Pihak hospital kerajaan hanya akan melakukan ujian COVID-19 kepada pesakit yang berisiko tinggi.
Anda boleh mengetahui risiko anda dengan melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini