Sulit
4 tahun
Cramp kaki dan pedih dada
saya selalu rasa sakit pedih hati… adakah sebab asid. saya slalu ambik gaviscon utk redakan sakit tersebut. kaki juga selalu cramp. kdg2 brjalan juga skit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit dada, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk dan selaput dada (costochondritis)
- Serangan gastrik
- Refluks asid
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Bagi masalah kaki yang kejang pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara ini:
- Masalah saraf
- Hipoglisemia
- Peripheral artery diseases
- Kencing manis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sukar bernafas
- Batuk berkahak
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Lemah dan lesu
- Pening kepala
- Pergerakan terbatas
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































