
Sulit
3 tahun
Cramp perut tak datang bulan nak masuk 2bulan buat UPT negative
saya berumur 30thn saya nak tau bulan 4 saya piriod jadi nie dah 47hari saya tak datang bulan kire cycle saya dah lewat 18hari boleh saya tahu kenapa doctor tapi saya kerap pening kepala dan cramp perut tak terlalu kuat sangat dan saya kuat makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berikut juga merupakan mengapa keputusan ujian kehamilan menjadi negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat terhadap anda disebabkan haid anda datang lewat dan gejala-gejala yang dialami mengganggu anda. Rawatan hanya akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.