
Sulit
4 tahun
Cth. Gatal d zakar bengkak
Saya lelaki berumur 35 thn sy Ada masalah gatal bahagian kemaluan dan brair gatal…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah gatal pada kemaluan, dan berair boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah