
Sulit
2 tahun
Cth.sakit dada dan mudah penat
Saya nak tanya kenapa bila saya kena econ saya mula naik biji2 bila zaman sekolah dulu saya tak boleh kena ais bila kena dia akan naik biji bengkak dan pedih bila saya cuba makan ais bibir saya akan bengkak lama tak jadi la ni jadi balik bila kena econ akan naik biji gatal2 dan lagi satu bila kena econ cara tiba2 dada saya sakit dan pedih dan penat saya dah jadi pada zaman sekolah la ni umur 20 2 minggu dada saya sakit bila gerak terlalu kasar dia akan sakit dan penat jantung saya akan laju cara tiba

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami apabila terkena udara atau benda sejuk boleh disebabkan oleh:
- Alahan - pada perkara sejuk
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit auto-imun - apabila sistem imun menyerang badan sendiri apabila terdapat beberapa pencetus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.