Sulit
5 tahun
Cuaca panas dan saya asyik berpeluh
Hai doktor sekarang ni cuaca panas dan saya cepat berpeluh walaupun saya hanya duduk sahaja dan tidak membuat kerja berat. Saya cuma berada di rumah dan tidak membuat kerja berat tapi saya kerap berpeluh. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, peluh merupakan cara badan kita menyejukkan suhu dalam badan. Ini merupakan tindak balas homeostasis. Oleh kerana cuaca panas, anda memang akan mudah berpeluh. Anda digalakkan untuk minum banyak air untuk menggantikan air yang hilang melalui peluh.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





































