
Sulit
5 tahun
Cuci rahim kerana gugur tetapi yg dicuci hanyalah kantung sahaja
Salam…sy bru ja lepas cuci rahim of 26/2/2020 bru ni…sy nk tnya brapa lamakah tempoh darah keluar…sbb skrng sy still lg kuar darah…ke dia kira period sekali datang…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pendarahan selepas mencuci rahim adalah perkara normal dan sepatutnya ia hanyalah pada kadar yang sedikit dan semakin berkurangan. Namun, jika ia berlanjutan dan anda dapati mengeluarkan cecair berbau, sakit pinggang berlebihan dan demam, sila dapatkan rawatan lanjut.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.