
Sulit
5 tahun
Cucuk bahagian ribs kanan
Hi doktor saya nak tanya , malam tadi saya rasa cucuk cucuk area rib belah kanan. Pagi ni, dah tak rasa tapi sekarang datang balik. Tak sakit sangat tapi dia ada la rasa mencucuk cucuk kat situ. Please advise, thank you!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan memandangkan maklumat yang diberikan tidak lengkap. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.