
Sulit
4 tahun
Dada kiri sakit menyucuk. Lagi bernafas, lagi sakit
Saya wanita 25 tahun dan berlatarkan sejarah ayah sebagai penghidap sakit jantung. Kadang kala, sy merasa sakit di dada kiri. Sakitnya pedih mencucuk. Baru2 ini, sy rasa pedih mencucuk hingga ke bahu dan lengan kiri. Lagi sy tarik nafas, lagi sakit. Bila sy tahan nafas, sakit itu berkurangan dan henti sikit demi sedikit. Setiap kali perkara ini berlaku, sy perlu berehat beberapa minit kerana letih. Dr boleh tlg perjelaskan? Apa perlu sy buat ya? Tq dr

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Antara punca masalah ini ialah:
Angina - Angina terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak di dalam arteri koronori yang membawa darah ke jantung. Apabila melakukan aktiviti fizikal, jantung akan mengepam lebih laju supaya lebih banyak darah megalir ke seluruh badan
Keradangan tulang rusuk : mempunyai gejala seperti serangan jantung. Antara gejala yang boleh berlaku adalah kesakitan yang menyucuk dan bertambah teruk apabila menarik nafas
Sakit otot : Anda mempunyai terdapat pelbagai otot di bahagian dada samada di bahagian luar atau dalam. Sakit ini boleh terjadi selepas membuat aktiviti fizikal dengan postur yang salah atau kemalangan kecil atau besar.
Rasa tertekan/stres/risau : Rasa tertekan boleh membawa kepada rasa jantung berdebar, sakit dada dan sesak nafas. Kemurungan juga boleh memberi simptom yang sama.
Pedih ulu hati : Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esofagus. Selain pedih di bahagian atas perut, seseorang boleh juga rasa sakit di dada. Anda juga mungkin boleh rasa pahit di mulut kerana kandungan naik balik semula ke atas.
Sakit yang berkait dengan abdomen : Sakit dari bahagian perut yang disebabkan penyakit lain boleh dirasa di bahagian dada.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi