Sulit
5 tahun
Dada rasa kurang selesa semasa bernafas
Saya lelaki berumur 25 tahun. Saya tiada close contact dengan pesakit COVID 19 dan tidak pernah ke luar negara.
Pada pukul 3 pagi 24/3/2020, saya mula berasa tidak selesa untuk bernafas. Saya rasa saya perlu menarik nafas 30% lebih dalam daripada biasa. Saya juga berasa tidak selesa pada bahagian kanan dada. Semasa kecil pada peringkat sekolah rendah, saya ada mengalami asma tetapi jarang. Saya juga sering tidur lambat.
Apakah pendapat doktor mengenai hal ini?
Adakah ini asma atau COVID 19?
Adakah ini kesan sampingan tidur lambat?
Selain itu, adakah pesakit asma ada mengalami rasa tidak selesa atau terasa sesuatu pada hanya sebelah bahagian dada saja atau kedua kedua bahagian dada semasa mengalami asma?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Keterangan yang anda berikan cuma memberi gambaran bahawa anda cuma tidak selesa bernafa. Terdapat pelbagai soalan lain yang perlu ditanya untuk mendapat punca masalah anda yang sebenar. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah serangan asma berbentuk kesukaran untuk mengambil nafas penuh. Kebiasaannya, asma melibatkan kedua-dua belah dada. Buat masa sekarang, anda boleh terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah pencegahan yang disarankan.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































