Sulit
5 tahun
Dada rasa sakit sukar bernafas
Saya mengalami kesukaran bernafas terutama sekali pada waktu mlm sjak 2 minggu lagi, seminggu selepas kejadian saya menyadari kondisi saya semakin memburuk tergerak hati saya berkeinginan berjumpa dgn doktor untuk mengetahui lebih lanjut tntang masalah kesihatan saya. setelah diperiksa jantung serta keputusan darah saya semuanya ok. Doktor mengatakan saya mengalami gastrik dan diberikan ubat. Setelah itu tiada perubahan berlaku. Keadaan sama seperti sedia kala. Adakah masalah ini boleh perpunca dari kerap tidur lewat malam juga doktor? Atau ada masalah kesihat lain? Saya akan rasa sedikit selesa ketika tidur secara mengiring.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sakit dada dan sukar bernafas. Untuk makluman anda, masalah sesak nafas dimana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- Pleural effusion - disebabkan adanya cairan pada ruang lapisan luar paru-paru
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- sesak nafas makin teruk
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, keterangan lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih




































