
Sulit
4 tahun
Dada sebelah kanan kurang selesa setiap kali makan makanan pedas
Dah hampir seminggu ni setiap kali saya makan makanan yg pedas dada sy sebelah kanan terasa macam dicucuk dan perlu disulam dgn air baru lega… tetapi jika makan yg xpedas xde pulak sakit…kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan anda mengalamai masalah pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut yang disebabkan oleh makanan pedas. Selain itu, masalah ini boleh juga bolehdisebabkan oleh pelbagai perkara lain. Antaranya:
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.