
Sulit
5 tahun
Dada sebelah kiri rasa sakit macam di cucuk
Saya lelaki berusia 25 tahun…dah lebih kurang 2 minggu dada saya sebelah kiri rasa sakit( atas payudara bdekatan dgn ketiak) rasa sakit ni tembus ke belakang badan…selain itu ketiak di kedua2 belah juga rasa pedih dan xselesa…tangan kiri dan bahu kiri saya rasa lenguh dan kadang2 rasa kebas…adakah saya mengalami masalah jantung?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.