
Sulit
5 tahun
Dada sebelah kiri rasa sakit
Ketika saya bersedih dan stres , dada sebelah kiri saya rasa sakit sengal-sengal macam tu, kenapa dan bahaya tak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Angina pectoris (Sakit dada akan menyerang selepas aktiviti yang meletihkan atau mengalami emosi seperti stres atau kesedihan yang teramat. Dalam situasi begini, saluran darah anda yang tersumbat tidak dapat memberikan darah yang cukup ke jantung, dan jantung anda akan kekurangan oksigen)
- Hal ini boleh merupakan fenomena yang normal.
Namun, untuk kesihatan jantung anda, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital kerana jika saluran darah anda telah tersumbat sebahagian, ia akan bertambah sumbatannya jika tidak dirawat dengan betul. Hal ini akan membawa ke serangan jantung.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.