
Anonymous
5 tahun
Dada sebelah kiri terasa sakit
saya lelaki berumur 42tahun…masalah skrg…dada sebelah kiri saya terasa sakit …seolah olah lemah…nak tau knp boleh jadi begini…saya tidak merokok…minum alkohol…tiap2 hari kerja sebagai buruh kasar…tiap2 hari perpeluh…penat…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit jantung (serangna jantung)
- masalah paru-paru (seperti lung fibrosis yang lazim dalam golongan pekerka binaan dan terdedah kepada asbestos)
- jangkitan kuman dan bakteria pada paru-paru (pneumonia)
skit dada pada sebelah kiri bersama dengna sesak nafas dan rasa lesu adalah simptom biasa untuk serangan jantung. Dapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.