Sulit
4 tahun
Dada selalu sakit dan selalu sesak nafas tiba tiba
Saya wanita berumur 21 tahun, akhir akhir ini saya semakin kerap sakit dada dan sesak nafas dan kadang pitam bila tidak dapat tahan. Hampir setiap malam sya akan rasa benda yang sma. Dan kadang2 akan rsa mual disebabkan sakit dada mencucuk .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Radang selaput dada atau tulang rusuk (costochondritis)
- Refluks asid atau GERD
- Anemia (kurang darah merah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































