
Anonymous
5 tahun
Dada seperti penuh angin
saya lelaki 37 tahun. berat 90Kg tinggi 152mm. Akhir2 ini lebih kurang seminggu, terasa seperti dada penuh angin dan lengan sebelah kiri terasa lenguh, tiba2 rasa teruja dan selalu tidak selesa di bahagian dada seperti geli… apakah itu tanda serangan jantung?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom yang anda ceritakan boleh disebabkan banyak perkara. Antara yang boleh saya senaraikan adalah:
- Angin dalam perut akibat lewat makan
- Rasa penuh (bloating) akibat makanan yang kurang serasi dengan perut
- Gastritis
- Pedih ulu hati
- Masalah paru-paru
- Masalah jantung
Terdapat banyak gejala sakit jantung. Antaranya:
- Sakit dada sebelah kiri merebak ke lengan kanan, leher dan belakang
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Kaki Bengkak
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini segera dapatkan rawatan.
Saya memerlukan maklumat lanjut untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut jika masih risau dengan simptom yang anda hadapi.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.